Nongkrong yuk,,!!

(selamat datang,,, selamat datang,,, selamat datang,,,)

Selasa, 20 April 2010

Penyanyi terkenal dari malaysia achik spin meninggal dunia dalam kecelakaan mobil,

Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

Keluarga Allahyarham Achik Spin, berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, malam tadi.

     ini adalah gambar kumpulan spin,

 dan ini adalah achik beserta istrinya,
takziah buat keluarga allahyarham..al fatihah
nor fajar ashikin
al-fatihah buat arwah dan ucapan takziah buat keluarga beliau.smoga rohnya d’tmptkn dlm kalangan org2 yg beriman
nor fajar ashikin
al-fatihah buat arwah dan ucapan takziah buat keluarga beliau.smoga rohnya d’tmptkn dlm kalangan org2 yg beriman
ekien
salam takziah kpd kpd sluruh ahli kluarga arwah achik spin…
lie
alfatihah…smoga roh ya di cucuri rahmat..amin..
akuh adlah miey
al-fatihah..masih terkejut dengan berita pemergian arwah achik..moga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan arwah tenang berada disana, amin,

0 komentar:

Posting Komentar

 
Wordpress Theme by wpthemescreator .